SM Sains Bagan Datoh, pernah dengar tak?
- Jaz Zairil
- Jan 28, 2017
- 3 min read
Haaa..!! Hari ni..Jazz nak cerita tentang sesuatu....Ni diaa.. Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh atau akronimnya 'SABDA'. Kalau korang tukarkan SABDA ni ke Bahasa Inggeris, akan jadi "Bagan Datoh Science School" atau akronimnya "BADASS"...teruk bebenor akronimnyer...tapi itula realiti. Sekolah ni tidak ramai yang tahu pada mulanya tetapi menjelang tahun 2017, sekolah yang bergelar Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ini kerap kali masuk dalam berita mahupun surat khabar. Al maklumlah, sekolah ini terletak di sebuah daerah yang baru diisytiharkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pada 9 Januari 2017 di sekolah ini sendiri, Daerah Bagan Datuk.
Ok..keluar tajukla pulak..sekolah ini mengikut sejarahnya ditubuhkan pada tahun 2009. Sekolah ini mempunyai keluasan sebanyak 50 ekar tanah namun, ada 24.2 ekar lagi tidak digunakan. Sekolah ini juga beroperasi dengan jayanya selepas kemasukan seorang caretaker iaitu Penolong Kanan Pentadbiran SEMESTI, En Madden Othman ke SABDA. Pengetua pertamanya ialah Tuan Haji Mohd. Ardani Bin Yunos. Pengetua ni bersara pada tahun 2015.
Pengetua kini ialah Tuan Haji Kamarularipin bin Jaafar. Beliau ialah seorang warga pengajar KUSESS sebelum berkhidmat di SABDA.
Sekolah ini dengan takzimnya diisytiharkan oleh Sultan Perak yang ke 34, Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarullahu-lah. Dengan perasmian ini, SABDA telah mula dikenali segelintir rakyat Perak khususnya warga Bagan Datuk sendiri.
Sekarang nak cerita tentang asrama pulak... ASPURA & ASPURI bangunannya sama sahaja..bentuk petak. Kedua-duanya ada tiga tingkat.. Apa yang bestnya, setiap penjuru koridor asramanya mempunyai tandas bagi setiap rumah sukan masing-masing. Dorm BADAR, Pengawas, AJK Tertinggi, Biro-Biro, Ketua Rumah berada di aras bawah sekali. Aras 1 bagi Rumah Emerald, Rumah Ruby, diikuti dengan Rumah Citrine. Aras 2 pula bagi Rumah Turquoise, Rumah Amethyst dan Rumah Amber. Aras atas sekali hanya untuk lebihan pelajar.
Okay!! Inilah rupa di dalam kawasan SABDA ni...
Padang sekolah terletak di hadapan kawasan SABDA.. Padang ini tidak sah jika tidak dikerumuni oleh pelajar SABDA setiap hari lainlah kalau tidak dibenarkan oleh Ustaz Mad (Pen. HEM) SABDA.. Ada yang main futsal, ragbi, basketball, hoki, sepak raga, macam-macam lah..
Nampak tak tangki air tuhh...itu boleh dikatakan 'mercu tanda' SABDA... kenapa Jazz cakap begitu? Sebab daripada mukim Rungkup (lebih kurang 3 kilometer dari SABDA) boleh nampak tangki air tu..untuk parent pelajar SABDA, itulah tanda untuk diorang nak hantar anak... Sekolah ini pernah digelar "SM SAINS TANGKI AIR" disebabkan tangki tersebut..
Dewan Gemilang pula digunakan jika ada majlis besar atau perhimpunan sahaja. Dulu tak ada air-cond tetapi, dengan bantuan TPM, aircond dipasang pada pertengahan tahun 2016.
Blok Akademik, macam biasa, tempat pelajar SBP..ehmm..SABDA menimba ilmu...cantik suasananya.. tapi, kita takkan sesat kat kawasan ni sebab senibina blok ni petak.. Ke sana ke sini, jumpa jugak...
Dataran perhimpunan pula digunakan pada pagi Selasa hingga Jumaat sempena Perhimpunan Pagi/Tidak Rasmi...Corak dataran ni berteraskan "Islamic" punye design...Korang pernah pegi IGOP? Dataran SABDA lebih kurang macam IGOP lerr...
Astaka berada di kawasan padang SABDA. Ia digunakan untuk penonton ataupun penyokong sewaktu ada perlawanan di padang. Lebih kurang macam stadium la..Ade perlawanan, adela penyokong...kalau ade penyokong, ASTAKA la jawabnyer..
Surau Az-Zahidin atau lebih dikenali sebagai Surau SABDA ialah tempat pelajar SABDA menunaikan ibadah. Pada masa yang sama, surau adalah kawasan BADAR. Surau ini asalnya hanya sebuah surau yang panas. Namun kini, semenjak Surau Az-Zahidin ini tergolong dalam Pertandingan Imarah Surau Peringkat Kebangsaan 2016, pelbagai kemudahan dilaksanakan. Air-cond sebanyak 8 biji diletakkan pada bahagian dalaman surau, dinding surau dihiaskan, Balai Ilmu SABDA dibina pada bahagian belakang surau, taman refleksologi surau dan Taman Herba SABDA. Semuanya siap dilaksanakan dengan penuh kecantikan flora dan fauna pada tahun 2016.
Ini sahaja lah sedikit informasi tentang Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh ni..harap dengan info yang padat disertakan dengan gambar-gambar dapat menerangkan apa itu SABDA...Sekian. wassalamm~~~
Comments