2016: Membuka 'buku' baru
- Jaz Zairil
- Jan 1, 2016
- 1 min read

Buku Aneka Catatan Jaz Zairil Jilid 6 2016 alhamdulillah telah diterbit dengan rasminya pada 1.1.2016. Buku ini, seperti biasa, mengungkap 1001 kenangan, majlis, bla bla bla sepertimana ditulis di dalam buku-buku terdahulu.
"Tahun lepaih, sayerr amik UPSR, ujian besaq kowtt..takkan la nak mengadap buku ni sampei tak baca buku skolah..sebab tu la, sayerr campoqkan jilid 5 dengan jilid 4 iaitu Buku Catatan Jaz Zairil Jilid 4", itulah yang dikatakan oleh Pengerusi Jaz Zairil Production Sdn. Bhd, Jaz Zairil bin Abdul Jamil. Seperti yang dikatakan, 2015 adalah tahun yang harus difokuskan kerana tahun tersebut, Jaz Zairil akan menduduki peperiksaan UPSR '15, peperiksaan yang terakhir menggunakan kaedah 5A.
Logo seperti ditunjukkan di atas, ditulis perkataan 'SABDA'. Mengapa? Kerana tahun ini, 2016, Jaz Zairil memulakan persekolahannya dengan bergelar Tingkatan1 a.k.a. Junior di sebuah sekolah yang mungkin tidak dikenali ramai yang terletak di Daerah Kecil Bagan Datoh (kini Daerah Bagan Datuk) dan dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia kini, Y.A.B Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA).
Insya-Allah, buku ini mungkin akan ditulis sehingga penuh bagi menggantikan tahun lepas yang tak berapa dipedulikan (hanya 31 m/s sahaja ditulis pada Buku Catatan Jaz Zairil Jilid 5 2015 (kini Buku Catatan Jaz Zairil Jilid 4/5 14/15). Jaz Zairil harap buku ini dipadatkan dengan era persekolahan di sekolah SBP..
THANKS.....
Comments